Blog Anak Serdang

November 28, 2008

Review Antoo fighter

Filed under: entertainment

Filem Antoo fighter telah diberi penghormatan sebagai filem pertama untuk aku review dalam blog ni. Aku bukan la pengkritik filem..aku hanya penonton biasa yang gi wayang bayar tiket dan menonton di pawagam…cuma nak memberi sedikit pendapat berdasarkan pengalaman menonton byk filem sejak dari kecil hingga sekarang..aku takde pon sikit ilmu pasal perfileman…heheheh..komen ikut suka..

first of all aku nak bagi pujian la bagi pembuat filem ini sbb begitu berani mengetengahkan genre filem sebegini (superhero+komedi+hantu) di negara yang tidak menentu pasarannya..maklum la..kat Mesia ni..citer belanja berjuta2 tak semestinya best..citer yg biasa2 tu yg meletop kat box-office..citer yg aku penat nak tengok tu plak yg menang festival dalam dan luar negara..ape2 pon..ni sume hanya pendapat aku je..

 bagi aku..bkn senang nak ada anak melayu yg berfikir out of the box mcm diorang ni..aku saluite pada korang semua sebab buat filem sebegini..aku suka filem mcm ni…nak nak lagi acuan tempatan..yg lagi payahnya ialah utk membuat penonton ketawa..filem ini byk buat aku ketawa..byk gak dialog double-meaning tp kelakar..ok..aku akan komen dari beberapa segi..

lakonan:

overall ok la..sbb ramai gak pendatang baru dlm perfileman e.g radhi, scha dan sorang minah lagi yg pakai spek tu..ok la diorang berlakon..takde la nampak amatur sgt..kire ok la

tp yg best berlakon dalam ni bagi aku awie…mmg tersangat la sesuai watak drakulat tu ngn awie..lagi satu harun salim bachik…mmg best dia jadi atok poh je..

 best cameo ialah untuk usop kopratasa..adui yai tak tahan tgk dia pakai selua tomoi ngn kot putih tu..lawak gile..

spesel efek:

dari segi tembak-menembak tu mmg best..karen die nampak best..mcm citer omputih…special efek lain2 mcm gambar KL terbakar tu pon ok..

 yg tak best sgt ialah spesel efek tangan setan awie time pegang harun salim bachik n pegang radhi masa last fight scene tu..tak nampak betol2 die pegang kedua2 watak..harap dpt diperkemaskan utk filem akan datang…kepak awie mmg best..

scene robot lawan monster pon tak berapa nak cun sbb mcm takde sentuhan antara monster n robot kemut tu..tau2 dah hbs mcm tu je..idea bagus..execution tak berapa..mcm pemain bolasepak mesia gak.. 

fighting scene:

harap dpt diperkemaskan..tahniah sebab ada guna wire nak tarik-terbang-lompat dsb..tp kalau bole akan datang panggil koreografer boleh lawan mcm matrix tu kekekekek..musti lagi best..

 cuma aku musykil kenapa tak tunjuk babak si bronte (rambo) lawan admiral bajang ngn mistikus tu?tau2 si rambo, si tasya and si opie dah sampai kat tempat poh jee lawan drakulat..sbb bagi aku si admiral bajang tu ibarat star scream dlm transformer..watak penting..kene tunjuk mcmana dia kalah ke lari ke ape ke kan?

jalan cerita:

jalan cerita dia ok la..sbb aku pon tak mau citer2 mcm ni ada jalan cerita yg terlalu kompleks mcm citer silence of the lambs ke atau cerita brokeback mountain ke..aku suka..

lg satu…bile nak penamat tu..cerita ni mcm hambar..gambar pon ada yg tak terang..sound pon tak clear..atau pawagam aku tu yg speaker dia tak ummpphh??penyudah dia amat la anti-klimaks.. 

 ape pon..sekali lagi aku ucapkan tahniah pada mereka yg buat antoofighter ni…moga2 akan spawn bakat2 baru yg lain yg akan buat filem2 gini..

p/s:citer ni mmg lawak… 

 

November 8, 2008

MengOBAMAkan Selangor

Filed under: politics

Bile Obama menang pemilihan presiden Amerika Sykt baru2 ni..ramaila dok berkokok yg Mesia ni sepatutnya mencontohi Amerika.. Kat selangor ni pon..isu pengurus besar PKNS juga telah diOBAMAkan jugak. Aku ada tengok dlm 8tv breakfast show..seorang profesor Melayu pon menyuarakan benda yg sama..lebih kurang dia ckp mcm ni…"Kat Mesia ni lantik bukan Melayu jadi pengurus Besar pon kecoh..Amerika skrg pon dah ada presiden kulit hitam"..kalau aku jumpa profesor ni mau aku sepak je telinga dia

err..technically..Obama bkn org kulit hitam..dia berdarah org kulit hitam..sebab ibunya kulit putih..kire rojak la..kalau mcm P. Diddy ke..Don Cheadle ke..Morgan Freeman ke..bole la nak ckp dia org kulit hitam.. anyway..berkenaan dengan selangor ni..Pakatan Rakyat pada masa yg sama membantah kedudukan isteri Timb. Perdana Menteri iaitu Datin Rosmah sebagai Canselor UNISEL..

 penduduk asal Amerika bukan org kulit hitam..tapi org red indian yg ramai diperbunuh oleh org2 kulit putih zaman dulu..Malaysia terletak dlm kepulauan Melayu (org kampung aku ckp Malay Archipelago)..kite dah bertapak sejak beratus tahun dahulu…jika kaum yg sudah lama bertapak di sini yg dah boleh dikira penduduk asal rantau sini diambil hak mereka..tak ke akan timbul masalah esok?

Ingat..lihat lah sape dibelakang Obama..sape pendukungnya nanti..tak lain tak bukan kaum Yahudi..Obama bagi aku hanya modal utk Amerika menukar imej buruk yg telah Bush buat..kepada satu imej yg baik utk seluruh dunia..

dari blog anotherbrickinwall.blogspot.com 

"… The choice of a son of an Irgun Israelis terrorist and Chicago base activist as Obama’s Chief of Staff is already a damper to the excitement. The Obama euphoria is beginnig to be more of an American mass media creation to win back the heart of the world." 

nanti kite lihat bagaimana dasar Amerika terhadap negara Islam esp. Afghan, Iraq n Iran 

dari blog selangordaily.com

"Pemuda PR telah menyerahkan satu memorandum membantah kedudukan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel). Mereka memberi alasan bahawa kerana Rosmah tidak memiliki nilai keunggulan keilmuan yang sepatutnya selari dengan matlamat universiti sebagai sebuah gedung ilmu itu adalah satu penipuan yang amat besar sekali. Ini kerana Datin Seri Rosmah Mansor memiliki BA (Hons) Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaysia dan Master Science (MSC) Sociologi dan Agriculture Extension dari Louisiana State University, Amerika Syarikat. Jadi bagaimana pula mereka berkata Rosmah itu tidak berpendidikan?"

PR kat selangor ni takde keje lain ke??esek nak berpolitik je..aku denga plak respon Khalid ialah..Canselor UNISEL adalah pilihan BOD UNISEL so dia takleh buat ape2..wakakaka…bengong betol la diorang ni..agak2 la nak berpolitik pon..ada byk lagi masalah rakyat selangor ni n jawatan canselor UNISEL tu is not one of them

dari segi org melayu plak..disebabkan isteri TPM dari BN..maka melayu2 dlm PR ni pon sanggup la nak pangkah dia..tp isu pengurus besar PKNS tu takpe plak…hmmm…Melayu sekarang ni Melayu ape?atau inikah dia tindakan mengOBAMAkan selangor?






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham