Blog Anak Serdang

October 14, 2008

Kenape??Tak percaye aa??

Filed under: politics

Anwar gesa sidang khas Parlimen bincang undi tidak percaya

Posted on 18 September 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang Parlimen khas sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pembangkang itu mengumumkan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anwar bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.”

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya,” kata beliau.

Article source:

mSTAR Online

semalam plak… 


Anwar: Tiada usul undi tidak percaya, hanya tumpu Bajet 2009

Oleh G. MANIMARAN 

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa lebih sejam untuk membahaskan Ucapan Bajet 2009 berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membawa usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.

"Kami hendak menumpukan pada bajet dulu," kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini. 

………………..

 

Article source:

mSTAR Online

aduiiyai….kenapa la ckp berbelit2 mcm ni…kejap mcm tu kejap mcm ni…mana pegi ulama2 PAS n PKR (ada ulamak ke?)??..tak mau ckp pasal hal ni ke??

aku ingat PM je flip-flop..ketua pembangkang pon flip-flop gak.malah lebih teruk…kat kota bharu haritu dia ckp nak form govt pada hari raya haji plak..lepas ni plak time krismas plak…sok2 dia plak yg almarhum abis citer

 

Comments »

The URI to TrackBack this entry is: http://anakserdang.blogsome.com/2008/10/14/kenapetak-percaye-aa/trackback/

No comments yet.

RSS feed for comments on this post.

Leave a comment

Line and paragraph breaks automatic, e-mail address never displayed, HTML allowed: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <code> <em> <i> <strike> <strong>



Anti-spam measure: please retype the above text into the box provided.






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham