Blog Anak Serdang

October 14, 2008

Kenape??Tak percaye aa??

Filed under: politics

Anwar gesa sidang khas Parlimen bincang undi tidak percaya

Posted on 18 September 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang Parlimen khas sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pembangkang itu mengumumkan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anwar bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.”

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya,” kata beliau.

Article source:

mSTAR Online

semalam plak… 


Anwar: Tiada usul undi tidak percaya, hanya tumpu Bajet 2009

Oleh G. MANIMARAN 

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa lebih sejam untuk membahaskan Ucapan Bajet 2009 berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membawa usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.

"Kami hendak menumpukan pada bajet dulu," kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini. 

………………..

 

Article source:

mSTAR Online

aduiiyai….kenapa la ckp berbelit2 mcm ni…kejap mcm tu kejap mcm ni…mana pegi ulama2 PAS n PKR (ada ulamak ke?)??..tak mau ckp pasal hal ni ke??

aku ingat PM je flip-flop..ketua pembangkang pon flip-flop gak.malah lebih teruk…kat kota bharu haritu dia ckp nak form govt pada hari raya haji plak..lepas ni plak time krismas plak…sok2 dia plak yg almarhum abis citer

 

October 13, 2008

Berani berubah!!

Filed under: politics

Berani berubah….slogan yg dipakai oleh mukhriz kempen ketua pemuda malaysia..mcm barrack obama pon ada slogannya..tapi kenape kene berani utk berubah??

 P/raya tempohari menyaksikan ramai rakyat berani menunjuk perubahan dengan selamba memangkah calun2 tempat diorang dari parti pembangkang sampaikan BN kalah kat 5+1 negeri…berani la tu jugak kan??hehehe..tp adakah namanya mcm tu..berani ni ada mcm2..berani bodoh ada, berani mati ada..besi berani pon ada..so yg aku rasa mukhriz maksudkan tu berani berakal la..ye la..kene la ikut akal..UMNO + BN dah nyawa2 ikan dah..kene la berubah..sape ye kene berubah..pimpinan kene ubah..sape yg nak ubah pimpinan??org2 bawahan la…ye tak??calun kan la pemimpin yg bole bawa perubahan positif pada parti sbb pimpinan sekarang ni diorang bawak gak perubahan..tp perubahan negatif.. 

KJ or SIL (son in law) as they called in a number of blogs..setakat ni dpt beberapa je pencalunan..mukhriz dah cukup pencalunan nak bertanding…so ape maknanye??people are getting tired la with current admin..leader..especially our ‘beloved’ Prime Minister la..and all his advisors bla bla bla…aku kat serdang ni pon denga2 yg nak dicalunkan ialah KJ…hmmmm…so much so for the need for change…dah byk kalah pon tak mau berubah??tak berani ke?

Bukan berubah pada org yg gila kuasa…mcm sorang mamat tu…selalu ckp "we have the numbers"…tp habuk pon tarak…tp berubah pada org within the organization who are willing to sacrifice himself utk parti agama dan bangsa..aduss..dah mcm perwakilan pemuda UMNO plak aku ckpemoticon ni…gilak…hehehe..well..mmg aku terus terang ckp UMNO ialah parti utk survival org Melayu..tp kalau org dlm parti tu lemah..lemah la parti tu..

 org2 biasa ni kalau dah boring ngn UMNO akan pindah la sokongan pada parti malay-based lain cthnya PAS..but for people esp. the scholars in that party..whats up with the 916 plan??how can they trust so much to this so called de facto leader??dah terang2 menipu…takde plak keluar hadis segala nak condemned si penipu ni pasal tak jadi nak tukar kerajaan??senyap je..sekarang kerja diorang ni smua nak attack Najib yg bakal jadi PM..tp biasa la..itu tugas politician..org mcm aku ni plak tukang komen n tengok je..ape pon aku harap ape yg berlaku dan akan berlaku ialah yg terbaik..to the interest of the country.. 

 mmg la parti kerajaan byk gak kepincangan..no thanks to current govt admin (which i heard is dictated by those geng tingkat 4)..tp kalau dpt dibetulkan dlm parti yg memerintah…insya Allah bole la kot..dari nak bagi pemerintahan pada si penipu munafik tu..

 sekarang ni plak ekonomi teruk gile..especially negara2 maju mcm jepun, amerika and those so called "developed countries"..disebabkan oleh Amerika …yg akhirnya mengheret negara2 lain merudum..termasuk la Mesia sekarang ni..

 so..kepada sape yg jadi PM akan dtg..negara ini dlm keadaan terumbang ambing dari segi kestabilan politik (esp. utk org Melayu), kestabilan ekonomi..agak goyah (again no thanks to our beloved on going PM) …kepada2 belia2 especially pemuda2 UMNO..berani lah berubah (tp berubah dlm UMNO je la hehehe)

October 12, 2008

Hello world!

Filed under: miscellaneous

Hello world..and to all muslims in this world..
 
Assalamualaikum..
 
whenever kite published sumthin into the net..we sumtimes forget that there are very high probability that our contribution on the net will be read by people maybe at least, hundreds or maybe thousands…
 
to business people..they smell money..but for me..its not about money..blog ini adalah cetusan rasa hati dan akal fikiran aku…
 
Aku mulakan blog ini dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim dan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri….
 
Blog yg aku cipta ni adalah utk kengkadang nak tulis ape aku rasa..ape aku dah buat..tp aku ada pilihan utk tidak menulis gak ape yg aku malas nak tulis..tp ape2 yg aku tulis kat sini hanya mewakili pendapat aku sendiri..bukan pendapat organisasi aku bekerja ke..institusi aku belajar ke..kedai aku makan ke..tidak.. ape pon..di harap agar sesiapa yg melayari dan membaca blog ini jgn ambil hati atau tersinggung dgn tulisan aku…tp kalau nak komen..komen la heheh…






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham