Blog Anak Serdang

February 10, 2009

Bila Agama jadi mainan, sultan dijadikan musuh

Filed under: politics

Kes politik di Perak banyak membuka mata kita semua. Terutamanya apabila Kerajaan Pimpinan PR (Pakatan Rakyat), khasnya kerajaan PR di Perak diuji olehj BN dan ternyata PR tewas dan BN kembali pada BN.

Penyokong2 dan pimpinan PR mengeji tindakan BN dalam merampas Perak melalui cara lompat parti ini. Namun ketika 16 september yg lepas bila Anwar mencanang projek 916nya itu tiada siapa pon dari PR berkata apa-apa mengenai moraliti lompat parti. Lompat parti bknlah tidak pernah berlaku tetapi kesnya kecil. Kes terbesar sebelum ini pernah berlaku di Sabah yg dilakar oleh Anwar sendiri pada ketika itu yg masih menjadi TPM dengan merampas Sabah dari PBS.

 Apa yg tidak elok yg dipaparkan oleh PR ialah kebodohan mereka sendiri. Antaranya ialah individu2 yg menghalang kereta kerabat diraja Perak sebelum majlis angkat sumpah MB baru perak iaitu Dato Dr Zambery Kadir. Salah seorangnya telah berbaring di atas jalan raya mcm dalam citer SIfu & Tongga cuma yg lebih (bodoh)nya ialah dia memegang bendera Palestin. Apa ke bodoh sangat? Bukan ke kerajaan yg hendak mereka kekalkan itu ramai kafir lagi dari org Islam. Yg jadi MB tu pon walaopon PAS, semua org tau yang dia tu hanya boneka org2 DAP di belakangnya. DAP terang2 menentang hudud dan negara Islam. Jadi apa relevannya bawak bendera Palestin??

lagi satu ialah ucapan tian chua di kediaman menteri besar Perak ketika suasana tengah panas.

Dia yg kafir plak ckp menentang BN adalah jihad…ramailah puak2 PAS tu bertepuk bagai…ape ke jadahnya ni??di mana iman mereka?? 

January 7, 2009

BOIKOT BARANGAN ISRAEL AMERIKA!!!

Filed under: miscellaneous

Hati sape tak panas bile tengok anak2 sedara semuslim kita di Palestin dibunuh dengan kejam…muslimin dan muslimat kita ditembak, dibom dan dimusnahkan tanpa belas kasihan??tiadakah sedikit simpati dari diri kita untuk mereka?? kalau marah…bertindaklah!!tapi mcmana??senang….boikot!!!nak boikot ape???kita jgn la duduk diam..tunggu nak kene suap…byk barangan2 di luar sana adalah produk Amerika….makanan ringanla..kereta…pakaian..nak tengok senarai bole tengok kat sini [http://yusofembong.blogspot.com/2009/01/wajib-boycott-pulaukan-barangan.html], sini [http://www.jiwang.org/portal/modules/news/article.php?storyid=526]

 

kita masih boleh hidup tak hisap rokok dunhill, marlboro…

kita masih boleh hidup tak makan kat McD, starbucks, burger king…

mari sahut cabaran utk boikot produk mereka..kuasa di tangan kita!!!

November 28, 2008

Review Antoo fighter

Filed under: entertainment

Filem Antoo fighter telah diberi penghormatan sebagai filem pertama untuk aku review dalam blog ni. Aku bukan la pengkritik filem..aku hanya penonton biasa yang gi wayang bayar tiket dan menonton di pawagam…cuma nak memberi sedikit pendapat berdasarkan pengalaman menonton byk filem sejak dari kecil hingga sekarang..aku takde pon sikit ilmu pasal perfileman…heheheh..komen ikut suka..

first of all aku nak bagi pujian la bagi pembuat filem ini sbb begitu berani mengetengahkan genre filem sebegini (superhero+komedi+hantu) di negara yang tidak menentu pasarannya..maklum la..kat Mesia ni..citer belanja berjuta2 tak semestinya best..citer yg biasa2 tu yg meletop kat box-office..citer yg aku penat nak tengok tu plak yg menang festival dalam dan luar negara..ape2 pon..ni sume hanya pendapat aku je..

 bagi aku..bkn senang nak ada anak melayu yg berfikir out of the box mcm diorang ni..aku saluite pada korang semua sebab buat filem sebegini..aku suka filem mcm ni…nak nak lagi acuan tempatan..yg lagi payahnya ialah utk membuat penonton ketawa..filem ini byk buat aku ketawa..byk gak dialog double-meaning tp kelakar..ok..aku akan komen dari beberapa segi..

lakonan:

overall ok la..sbb ramai gak pendatang baru dlm perfileman e.g radhi, scha dan sorang minah lagi yg pakai spek tu..ok la diorang berlakon..takde la nampak amatur sgt..kire ok la

tp yg best berlakon dalam ni bagi aku awie…mmg tersangat la sesuai watak drakulat tu ngn awie..lagi satu harun salim bachik…mmg best dia jadi atok poh je..

 best cameo ialah untuk usop kopratasa..adui yai tak tahan tgk dia pakai selua tomoi ngn kot putih tu..lawak gile..

spesel efek:

dari segi tembak-menembak tu mmg best..karen die nampak best..mcm citer omputih…special efek lain2 mcm gambar KL terbakar tu pon ok..

 yg tak best sgt ialah spesel efek tangan setan awie time pegang harun salim bachik n pegang radhi masa last fight scene tu..tak nampak betol2 die pegang kedua2 watak..harap dpt diperkemaskan utk filem akan datang…kepak awie mmg best..

scene robot lawan monster pon tak berapa nak cun sbb mcm takde sentuhan antara monster n robot kemut tu..tau2 dah hbs mcm tu je..idea bagus..execution tak berapa..mcm pemain bolasepak mesia gak.. 

fighting scene:

harap dpt diperkemaskan..tahniah sebab ada guna wire nak tarik-terbang-lompat dsb..tp kalau bole akan datang panggil koreografer boleh lawan mcm matrix tu kekekekek..musti lagi best..

 cuma aku musykil kenapa tak tunjuk babak si bronte (rambo) lawan admiral bajang ngn mistikus tu?tau2 si rambo, si tasya and si opie dah sampai kat tempat poh jee lawan drakulat..sbb bagi aku si admiral bajang tu ibarat star scream dlm transformer..watak penting..kene tunjuk mcmana dia kalah ke lari ke ape ke kan?

jalan cerita:

jalan cerita dia ok la..sbb aku pon tak mau citer2 mcm ni ada jalan cerita yg terlalu kompleks mcm citer silence of the lambs ke atau cerita brokeback mountain ke..aku suka..

lg satu…bile nak penamat tu..cerita ni mcm hambar..gambar pon ada yg tak terang..sound pon tak clear..atau pawagam aku tu yg speaker dia tak ummpphh??penyudah dia amat la anti-klimaks.. 

 ape pon..sekali lagi aku ucapkan tahniah pada mereka yg buat antoofighter ni…moga2 akan spawn bakat2 baru yg lain yg akan buat filem2 gini..

p/s:citer ni mmg lawak… 

 

November 8, 2008

MengOBAMAkan Selangor

Filed under: politics

Bile Obama menang pemilihan presiden Amerika Sykt baru2 ni..ramaila dok berkokok yg Mesia ni sepatutnya mencontohi Amerika.. Kat selangor ni pon..isu pengurus besar PKNS juga telah diOBAMAkan jugak. Aku ada tengok dlm 8tv breakfast show..seorang profesor Melayu pon menyuarakan benda yg sama..lebih kurang dia ckp mcm ni…"Kat Mesia ni lantik bukan Melayu jadi pengurus Besar pon kecoh..Amerika skrg pon dah ada presiden kulit hitam"..kalau aku jumpa profesor ni mau aku sepak je telinga dia

err..technically..Obama bkn org kulit hitam..dia berdarah org kulit hitam..sebab ibunya kulit putih..kire rojak la..kalau mcm P. Diddy ke..Don Cheadle ke..Morgan Freeman ke..bole la nak ckp dia org kulit hitam.. anyway..berkenaan dengan selangor ni..Pakatan Rakyat pada masa yg sama membantah kedudukan isteri Timb. Perdana Menteri iaitu Datin Rosmah sebagai Canselor UNISEL..

 penduduk asal Amerika bukan org kulit hitam..tapi org red indian yg ramai diperbunuh oleh org2 kulit putih zaman dulu..Malaysia terletak dlm kepulauan Melayu (org kampung aku ckp Malay Archipelago)..kite dah bertapak sejak beratus tahun dahulu…jika kaum yg sudah lama bertapak di sini yg dah boleh dikira penduduk asal rantau sini diambil hak mereka..tak ke akan timbul masalah esok?

Ingat..lihat lah sape dibelakang Obama..sape pendukungnya nanti..tak lain tak bukan kaum Yahudi..Obama bagi aku hanya modal utk Amerika menukar imej buruk yg telah Bush buat..kepada satu imej yg baik utk seluruh dunia..

dari blog anotherbrickinwall.blogspot.com 

"… The choice of a son of an Irgun Israelis terrorist and Chicago base activist as Obama’s Chief of Staff is already a damper to the excitement. The Obama euphoria is beginnig to be more of an American mass media creation to win back the heart of the world." 

nanti kite lihat bagaimana dasar Amerika terhadap negara Islam esp. Afghan, Iraq n Iran 

dari blog selangordaily.com

"Pemuda PR telah menyerahkan satu memorandum membantah kedudukan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel). Mereka memberi alasan bahawa kerana Rosmah tidak memiliki nilai keunggulan keilmuan yang sepatutnya selari dengan matlamat universiti sebagai sebuah gedung ilmu itu adalah satu penipuan yang amat besar sekali. Ini kerana Datin Seri Rosmah Mansor memiliki BA (Hons) Antropologi dan Sosiologi dari Universiti Malaysia dan Master Science (MSC) Sociologi dan Agriculture Extension dari Louisiana State University, Amerika Syarikat. Jadi bagaimana pula mereka berkata Rosmah itu tidak berpendidikan?"

PR kat selangor ni takde keje lain ke??esek nak berpolitik je..aku denga plak respon Khalid ialah..Canselor UNISEL adalah pilihan BOD UNISEL so dia takleh buat ape2..wakakaka…bengong betol la diorang ni..agak2 la nak berpolitik pon..ada byk lagi masalah rakyat selangor ni n jawatan canselor UNISEL tu is not one of them

dari segi org melayu plak..disebabkan isteri TPM dari BN..maka melayu2 dlm PR ni pon sanggup la nak pangkah dia..tp isu pengurus besar PKNS tu takpe plak…hmmm…Melayu sekarang ni Melayu ape?atau inikah dia tindakan mengOBAMAkan selangor?

October 14, 2008

Kenape??Tak percaye aa??

Filed under: politics

Anwar gesa sidang khas Parlimen bincang undi tidak percaya

Posted on 18 September 2008

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang Parlimen khas sebelum 23 September ini bagi membincangkan usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan beliau.

Ketua Pembangkang itu mengumumkan demikian pada sidang media di sini sebentar tadi.

Kelmarin, Abdullah telah menolak permintaan Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, untuk membincangkan soal peralihan kuasa dan pembentukan kerajaan baru secara aman.

Mengikut jadual asal Parlimen hanya akan bersidang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Anwar bagaimanapun tidak memaklumkan perkara itu kepada Speaker Dewan Rakyat kerana berdasarkan peraturan mesyuarat tersebut, ia hanya perlu dimaklum kepada Perdana Menteri yang akan memanjangkan kepada Speaker.

Kata Anwar, seandainya Perdana Menteri menolak permintaan tersebut beliau akan berbincang semula dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat untuk tindakan lanjut.

Pihak pembangkang akan membawa usul yang berbunyi “bahawa Dewan yang mulia ini telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dan kerajaan pimpinannya.”

Ini kerana, menurut beliau, Peraturan Mesyuarat 11(3) yang memerlukan Parlimen untuk bersidang dengan segera kerana keadaan politik yang kritikal dan berlanjutan.

Ditanya mengapa tidak tunggu 13 Oktober ini iaitu tarikh Dewan Rakyat bersidang semula, beliau berkata, ia tidak boleh ditangguhkan kerajaan sebab majoriti di Dewan Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri.

“Saya ada cukup jumlah Ahli Parlimen. Ini bermakna kami ada suara majoriti untuk mengadakan undi tidak percaya kepada beliau dan kerajaannya,” kata beliau.

Article source:

mSTAR Online

semalam plak… 


Anwar: Tiada usul undi tidak percaya, hanya tumpu Bajet 2009

Oleh G. MANIMARAN 

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghabiskan masa lebih sejam untuk membahaskan Ucapan Bajet 2009 berkata, Pakatan Rakyat tidak akan membawa usul undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

 Sebaliknya Ketua Umum Pakatan Rakyat itu berkata, pihaknya akan memfokus terhadap Bajet 2009 terlebih dahulu.

"Kami hendak menumpukan pada bajet dulu," kata Ketua Pembangkang di Parlimen itu pada sidang akhbar di lobi bangunan Parlimen tengah hari ini. 

………………..

 

Article source:

mSTAR Online

aduiiyai….kenapa la ckp berbelit2 mcm ni…kejap mcm tu kejap mcm ni…mana pegi ulama2 PAS n PKR (ada ulamak ke?)??..tak mau ckp pasal hal ni ke??

aku ingat PM je flip-flop..ketua pembangkang pon flip-flop gak.malah lebih teruk…kat kota bharu haritu dia ckp nak form govt pada hari raya haji plak..lepas ni plak time krismas plak…sok2 dia plak yg almarhum abis citer

 

October 13, 2008

Berani berubah!!

Filed under: politics

Berani berubah….slogan yg dipakai oleh mukhriz kempen ketua pemuda malaysia..mcm barrack obama pon ada slogannya..tapi kenape kene berani utk berubah??

 P/raya tempohari menyaksikan ramai rakyat berani menunjuk perubahan dengan selamba memangkah calun2 tempat diorang dari parti pembangkang sampaikan BN kalah kat 5+1 negeri…berani la tu jugak kan??hehehe..tp adakah namanya mcm tu..berani ni ada mcm2..berani bodoh ada, berani mati ada..besi berani pon ada..so yg aku rasa mukhriz maksudkan tu berani berakal la..ye la..kene la ikut akal..UMNO + BN dah nyawa2 ikan dah..kene la berubah..sape ye kene berubah..pimpinan kene ubah..sape yg nak ubah pimpinan??org2 bawahan la…ye tak??calun kan la pemimpin yg bole bawa perubahan positif pada parti sbb pimpinan sekarang ni diorang bawak gak perubahan..tp perubahan negatif.. 

KJ or SIL (son in law) as they called in a number of blogs..setakat ni dpt beberapa je pencalunan..mukhriz dah cukup pencalunan nak bertanding…so ape maknanye??people are getting tired la with current admin..leader..especially our ‘beloved’ Prime Minister la..and all his advisors bla bla bla…aku kat serdang ni pon denga2 yg nak dicalunkan ialah KJ…hmmmm…so much so for the need for change…dah byk kalah pon tak mau berubah??tak berani ke?

Bukan berubah pada org yg gila kuasa…mcm sorang mamat tu…selalu ckp "we have the numbers"…tp habuk pon tarak…tp berubah pada org within the organization who are willing to sacrifice himself utk parti agama dan bangsa..aduss..dah mcm perwakilan pemuda UMNO plak aku ckpemoticon ni…gilak…hehehe..well..mmg aku terus terang ckp UMNO ialah parti utk survival org Melayu..tp kalau org dlm parti tu lemah..lemah la parti tu..

 org2 biasa ni kalau dah boring ngn UMNO akan pindah la sokongan pada parti malay-based lain cthnya PAS..but for people esp. the scholars in that party..whats up with the 916 plan??how can they trust so much to this so called de facto leader??dah terang2 menipu…takde plak keluar hadis segala nak condemned si penipu ni pasal tak jadi nak tukar kerajaan??senyap je..sekarang kerja diorang ni smua nak attack Najib yg bakal jadi PM..tp biasa la..itu tugas politician..org mcm aku ni plak tukang komen n tengok je..ape pon aku harap ape yg berlaku dan akan berlaku ialah yg terbaik..to the interest of the country.. 

 mmg la parti kerajaan byk gak kepincangan..no thanks to current govt admin (which i heard is dictated by those geng tingkat 4)..tp kalau dpt dibetulkan dlm parti yg memerintah…insya Allah bole la kot..dari nak bagi pemerintahan pada si penipu munafik tu..

 sekarang ni plak ekonomi teruk gile..especially negara2 maju mcm jepun, amerika and those so called "developed countries"..disebabkan oleh Amerika …yg akhirnya mengheret negara2 lain merudum..termasuk la Mesia sekarang ni..

 so..kepada sape yg jadi PM akan dtg..negara ini dlm keadaan terumbang ambing dari segi kestabilan politik (esp. utk org Melayu), kestabilan ekonomi..agak goyah (again no thanks to our beloved on going PM) …kepada2 belia2 especially pemuda2 UMNO..berani lah berubah (tp berubah dlm UMNO je la hehehe)

October 12, 2008

Hello world!

Filed under: miscellaneous

Hello world..and to all muslims in this world..
 
Assalamualaikum..
 
whenever kite published sumthin into the net..we sumtimes forget that there are very high probability that our contribution on the net will be read by people maybe at least, hundreds or maybe thousands…
 
to business people..they smell money..but for me..its not about money..blog ini adalah cetusan rasa hati dan akal fikiran aku…
 
Aku mulakan blog ini dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim dan jugak Selamat Hari Raya Aidilfitri….
 
Blog yg aku cipta ni adalah utk kengkadang nak tulis ape aku rasa..ape aku dah buat..tp aku ada pilihan utk tidak menulis gak ape yg aku malas nak tulis..tp ape2 yg aku tulis kat sini hanya mewakili pendapat aku sendiri..bukan pendapat organisasi aku bekerja ke..institusi aku belajar ke..kedai aku makan ke..tidak.. ape pon..di harap agar sesiapa yg melayari dan membaca blog ini jgn ambil hati atau tersinggung dgn tulisan aku…tp kalau nak komen..komen la heheh…






















Get free blog up and running in minutes with Blogsome
Theme designed by Hadley Wickham